PALESTINE: KEHIDUPAN DIBAWAH JAJAHAN ISRAEL

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




"MEMBISU adalah SENJATA PEMUSNAH besar-besaran yang amat MERBAHAYA"

YA ALLAH. SELAMATKANLAH BUMI GAZA

Maha suci Allah. Segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar. Tiada daya mendatangkan kebaikan dan tiada kekuatan menolak keburukan melainkan dengan pertolongan Allah. Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Ya Rabbi. Tiada lagi cahaya kegembiraan di setiap wajah-wajah penduduk PALESTIN. Kanak-kanak tiada tempat bermain. Ibu kehilangan anak kecil, suami dan keluarga tercinta. Kanak-kanak kecil kehilangan ibu,ayah,abang,kakak. Dan tiada lagi tempat bergantung. Ayah dan abang-abang berjihad melawan TENTERA REJIM ZIONIS LAKNATULLAH. AllahhuAkbar!  kita di sini bergelak ketawa sedang saudara kita di palestin dalam ketakutan, kesedihan dan kelaparan. Astaghfirullahal'azim. KAU ampunilah dosa-dosa kami yang lalai dan leka YA ALLAH. 


INILAH KEHIDUPAN DI BAWAH JAJAHAN ISRAEL

Negara Palestina (bahasa Arabدولة فلسطينdawlat filastin, atau hanya Palestina(bahasa Arabفلسطينfilastin) adalah sebuah negara di Timur Tengah antara Laut Tengah dan Sungai Yordan. Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OKILiga ArabGerakan Non-Blok, dan ASEANtelah mengakui keberadaan Negara Palestina. Wilayah Palestina saat ini terbagi menjadi dua entitas politik, yaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Otoritas Nasional PalestinaRakyat Palestin menganggap negara Palestin sebagai satu kawasan yang kini di kenali sebagai Israel dan Wilayah Kependudukan. Ia bersempadan dengan Lubnan di utara,Syria dan Jordon di timur, berdekatan pula dengan Arab Saudi dan Mesir di selatan, dan lautan Mediterranean terletak di baratnya.


     Pada tahun 1917, negara Britain menjanjikan sebuah tanah air untuk orang Yahudi melalui Deklarasi Balfour, dan tempat yang di kenal pasti itu ialah Palestin, satu tempat di mana penduduknya boleh menjejaki asal-usul mereka semenjak beberapa abad yang lalu. Pada masa itu, lebih daripada 90% rakyat Palestin terdiri daripada orang Arab, orang Islam dan orang Kristian.


     Penghijrahan besar-besaran orang Yahudi bermula pada 1920-an dan keadaan yang tegang tidak dapat dielakkan Britain kemudian menyerahkan perkara itu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dan pada tahun 1948, PBB membahagikan tanah itu dan dengan demikian mewujudkan negara Israel dan memberikan orang Yahudi 55& daripada tanah walaupun mereka hanya terdiri daripada satu pertiga daripada penduduk dan memiliki hanya 6& daripada keseluruhan jumlah kawasan tanah. Rakyat Palestin telah dipaksa keluar dari tanah mereka walaupun mereka ialah pemilik sah, dan mereka ini tidak pernah dibenarkan pulang.


     Pada 1948, selepas suatu peperangan dengan jiran-jiran Arabnya, Israel telah merampas 22& lagi daripada kawasan tanah, mengusir 800,0000 orang penduduk dan memusnahkan 531 buah kampung. Pada 1967, selepas 'Peperangan Enam Hari', Israel menduduki Gaza dan Tebing Barat. Dalam tahun yang sama, Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan resolusi 242 dan mengisytiharkan pendudukan tersebut adalah haram dan menuntut supaya Israel menarik balik dan mengembalikan tanah kepada pemilik sah.


     Akan tetapi, Israel tidak memperdulikan tuntutan tersebut dan terus mengabaikan banyak lagi resolusi PBB lain. Hal ini berlaku kerana Amerika Syarikat telah memveto semua hasil usaha bagi menamatkan kependudukan haram itu.




TAHUKAH ANDA....

  • Bahawa seorang penganut Yahudi boleh berpindah ke Israel, tetapi seorang rakyat Palestin yang merupakan pribumi dinafikan hak untuk bermastautin di Israel?
  • Bahawa penduduk Palestin memerlukan VISA daripada pihak Israel untuk bergerak dari bandar ke bandar di dalam negara sendiri?
  • Bahawa pihak Israel memperuntukkan 85% daripada sumber air kepada orang Yahudi manakala 15% yang lainnya dibahagikan kepada orang Palestin? Contohnya, 85% daripada sumber air tersebut hanya untuk kegunaan 400 orang penduduk Yahudi manakala 15% lagi terpaksa diagihkan kepada 120,000 orang penduduk Palestin di Hebron?
  • Bahawa mantan Perdana Menteri Ariel Sharon disabitkan dengan pembunuhan beramai-ramai sejumlah 2750 orang Palestin di Kem Pelarian di Shabra dan Shatila? PBB mewajarkan pembunuhan beramai-ramai tersebut oleh Sharon sebagai genosid, iaitu penghapusan bangsa.
  • Bahawa seramai 5 juta daripada 8 juta penduduk Palestin merupakan pelarian,yang menjadikan mereka pelarian yang terbesar di dunia?


Palestine loss of land 1946 to 2000

Dunia patut menghentikan dan mengambil perhatian terhadap keganasan dan penindasan Palestin. Jangan membiarkan mereka yang tidak berupaya dan yang hanya dapat membisu terhadap kecelakaan yang membelenggu hidup mereka yang didatangi oleh suatu kuasa ketenteraan yang dianggap keempat paling berkuasa di dunia, kerana ini adalah bertentangan dengan norma kemanusiaan sejagat.









INI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU KEPADA SESIAPA PUN


Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu Rakyat Palestine.



"Apa yang ANDA dapat lakukan?"

  • Didiklah diri anda-ketahui realiti sebenar. Dapatkan fakta yang betul dan pelbagaikan sumber maklumat anda.
  • Libatkanlah diri anda secara proaktif-sertailah program-program kempen-kempen dan bengkel-bengkel berkaitan Palestin.
  • Sebarkan maklumat,beritahu kawan,masukkan maklumat ke dalam blog,Facebook/Twitter/Friendster/Myspace. Tulislah kepada media atau sekurang-kurangnya hulurkan risalah ini kepada kawan.
  • Sokonglah program-program "Selamatkan Palestin" dan dermalah dengan murah hati kepada dana program-program ini.
  • Berdoalah untuk keamanan bagi Rakyat Palestin. 


Untuk keterangan lanjut,sila layari:
 http://www.completemalaysia.com/
Atau mana-mana laman web yang menyokong keamanan untuk rakyat Palestin.





 والسلام

"ISLAM is a religion of PEACE not terrorism"

0 comments:

Post a Comment

♡ Assalamualaikum. Ana minta maaf jika entri ana tidak benar atau ada kesilapan. Sila tinggalkan pesanan atau komen anda. Syukran Jazilan (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...