TENTANG CINTA?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Assalamualaikum wbt semua. Alhamdulillah kita masih bernafas sehingga hari ini. Di panjatkan kesyukuran kepada Ilahi, hati saya terdetik untuk berkongsikan sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan ini kepada kawan-kawan semua dan remaja di luar sana khususnya pelajar sekolah , pelajar Universiti dan Kolej yang ingin mengetahui dan masih tidak mengenal erti CINTA yang sebenarnya menurut Islam. Walaupun saya juga remaja, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsikan pengetahuan ini bersama rakan-rakan seperjuangan yang meningkat remaja di luar sana. Mungkin ada sesetengah remaja di luar sana tidak mengetahui dan belum mengetahui kewujudan buku ini. Maka hari ini saya akan menulis tentang cinta sebenarnya menurut islam dan di petik sepenuhnya dari buku TENTANG CINTA oleh PAHROL MOHD JUOI.

            “Rujukan wajib buat remaja, ibubapa atau sesiapa juga yang ingin memahami reality cinta berteraskan Islam” – DATO’ DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH



                                                          APA ITU CINTA

CINTA adalah isu lama, selama kewujudan Nabi Adam a.s . Melihat sepasang burung yang bercinta, tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda. Allah s.w.t menciptakan Siti Hawa a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut.

Malangnya cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia.

Dan cinta juga yang menaikkan semangat Nabi Adam a.s. untuk menyeberangi Titian Adam(Adam’s Bridge) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India. Lantas baginda mengharungi hutan belantara, melangkahi banjaran gunung ganang, menapak padang pasir dan merentas benua.


  • KORBAN PERCINTAAN

Kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di Padang Arafah. Sedangkan Siti Hawa Cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah (di mana Siti Hawa diturunkan dari syurga) ke Padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia. Di situ jugalah Rasulullah menyampaikan Khutbatul Wida’(Khutbah terakhir) sebelum wafat.

Cinta bertemu di Padang Arafah. Kecintaan kepada Allah berhimpun di Padang Arafah. Dan Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada umatnya juga di Padang Arafah.



  • PENCABULAN CINTA

Begitu sucinya cinta, justeru kenapa dicabuli oleh umat akhir zaman dengan perlakuan murahan. Cinta akhir zaman bercampur baur dengan nafsu kehaiwanan. Namun cinta suci tetap ujud. Selagi bulan dan matahari bersinar cahaya, selagi matahari belum terbit di ufuk barat,pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di medan dunia syahadah.

Orang yang berjaya mengawal mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci. Tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akan dipersoal Allah s.w.t di akhirat kelak.


  • CINTA MURAHAN
Buku ini mengupas persoalan cinta murahan VS cinta suci nan abadi. Pelakonnya manusia. Pentasnya dunia. Di sebelah kanan terdapat juri para malaikat yang suci. Di sebelah kiri terdapat juri para syaitan yang durjana.

Sayang seribu kali sayang, anak muda generasi siber hari ini amat mudah tertarik dengan pujuk rayu syaitan. Syaitan datang membawa peralatan yang lengkap seperti wanita,harta dan takhta. Syaitan menggunakan media globalisasi sejagat disokong oleh kuncu-kuncunya yang bernama hiburan, dadah , kemodenan dan isme-isme yang karut marut.

Anak remaja hari ini perlukan jati diri yang mantap dan pendirian yang kukuh. Dada mereka mesti didinding oleh iman yang utuh. Mulut mereka mesti dibasahi zikrullah dan ayat-ayat suci al-Quran serta hadiNabi. Jasad mereka mesti membesar dengan makanan yang halal lagi bermutu.



  • RAJA HATI
Anggota pancaindera mereka mesti bergerak di atas arahan raja hari (qalb) nan sejahtera. Seluruh sinaran mata, pendengaran telinga, sentuhan jari-jemari, hembusan nafas turun dan naik bertasbih kepada Allah s.w.t., tunduk perintah –Nya.

Natijah dari insan-insan yang lahir dari kelompok ini barulah mampu berhadapan menangani pancaroba dunia hari ini.

Kami memilih Saudara Pahrol Mohd Juoi untuk menangani persoalan dan kemelut cinta ini memandangkan penglibatan beliau dengan alam keremajaan dan profesyen beliau sebagai perunding motivasi dan rohani. Buku ini dipersembahkan dalam format yang lebih santai dengan ilustrasi hasil ciptaan kartunis Rose-man.

Kami selaku penerbit mengharapkan resipi persembahan ini akan mencipta sesuatu kimia perubahan yang drastic untuk melahirkan generasi muda yang menanggapi persoalan cinta pada landasan yang tepat. Hanya landasan yang lurus akan membawa pengembaraan dunia ini bertemu pencipta-Nya.
 Penerbit,
Haji Waharp Yusof
TELAGA BIRU SDN BHD



Diatas itu tadi adalah bingkisan penerbit buku TENTANG CINTA. Yang sangat berguna dan sedikit sebanyak memberikan kita pengetahuan mengenai kewujudan cinta sebenarnya. Sekarang saya ingin berkongsikan kepada anda semua bab 03 dalam buku TENTANG CINTA mengenai “CINTA BERPERATURAN”.



CINTA BERPERATURAN

“Manusia akan bercinta lagi di Syurga – tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah”

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Inilah yang perlu diikuti oleh para remaja – agar cinta tetap suci dan abadi:
1.    Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.

ERTINYA, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah. Tegasnya, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.

“Kami bercinta kerana Allah,” begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya? Bagaimana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakan.”
            
Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius, Jika tidak jangan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri, “Aku hanya tertarik atau minat”:)




 والسلام

"ISLAM is a religion of PEACE not terrorism"

0 comments:

Post a Comment

♡ Assalamualaikum. Ana minta maaf jika entri ana tidak benar atau ada kesilapan. Sila tinggalkan pesanan atau komen anda. Syukran Jazilan (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...