Sekeping Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم







Manusia.. semua manusia pernah melakukan kesilapan. Kecuali hanya seorang.. dia lah yang kita rindukan. Keperibadian baginda. SubhanAllah.. membuatkan air mata setiap insan mengalir. Rasulullah S.A.W manusia yang sangat sempurna keperibadiannya. Seorang hamba dan pesuruh Allah yang mulia dan berhati suci. Dia juga adalah Nabi terakhir kita dan kita adalah umat akhir zaman penamat segala kisah sejarah manusia di dunia. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak, insyaAllah. 


Jasad yang masih hidup. sentiasa di beri peluang dan kesempatan untuk bertaubat. Tetapi berapa ramai yang menyedari semua itu? Tepuk dada tanya iman. Adakah kita salah seorang dari mereka? Muhasabah diri banyak-banyak. Ya Allah.. berapa ramai lagi yang masih leka dan tidak mengingati-Mu Ya Allah? Semoga mereka di beri Hidayah dan Petunjuk-Mu sebelum matahari terbit di sebelah barat. Allahumma Amin. Alhamdulillah setelah sekian lama.. hatiku tergerak untuk berkongsi pada yang sudi singgah di blogku ini. Syukran dan Ahlan Wasahlan :') Malam kian kelam.. seperti biasa sebelum tidur, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah mengambil wudhuk dan seterusnya Solat Sunat Taubat. itu lah rutin harianku.. setelah duduk bertafakur menginsafi dosa-dosa dan salah-salah ku pada Allah, ibu ayah, kawan-kawan dan saudara-saudara seislam. Air mata ku menitis tanpa ku sedari. Maafkan aku. aku selalu melakukan kesalahan dan tak kan pernah lari dari itu :'( Setelah selesai.. Aku bangun dan melihat wajah teman-teman ku yang lena di buai mimpi. Dan terlintas di hatiku.. Apa yg sudah aku lakukan pada mereka Ya Allah? Sudah selesaikah tugasku sebagai sahabat fillah pada mereka? Tidak.. Sungguh. sejak dari dulu.. aku bukan seorang kawan yang baik. Dan tidak layak di gelar Sahabat Fillah. Maafkan aku sahabat. Aku tidak layak untuk berkawan dengan kamu.. aku tidak layak untuk bergelar kawan pada semua manusia. maafkan aku.. sekali lagi air mataku mengalir tanpa ku sedari. aku berjalan melangkah longlai ke balkoni sendirian.... 








Dalam Sendirian ada Keindahan


Sungguh. Dalam sendirian ada keindahan.. semua manusia perlukan masa untuk bersendirian agar dapat menilai diri dan membetulkan kesilapan diri. Aku mendongak ke langit. Gelap.. di mana bintang-bintang? tidak mengapa, bulan masih ada untuk menerangi bumi dan menemaniku :) lihat jauh di sana, hutan.. agaknya apakah makhluk-makhluk di dalam hutan itu sedang lakukan? Ya. Mereka sedang beribadat pada Allah.. jangan lupa duhai hati. Semua yang bernyawa sama ada haiwan atau pokok-pokok sentiasa beribadah pada Allah. Andai mereka boleh berkata-kata mungkin mereka lah yang akan menjadi penasihat dan penegur yang paling hebat pada Manusia :') Tersedar dari lamunanku. aku melihat jam di dinding, jam sudah menunjukkan waktu yang sangat lewat bagiku. sudah tiba masanya untuk aku merehatkan diri..




Sebelum melelap kan mata, maafkan kesalahan orang pada kita. Halalkan segala hutang orang pada kita. Dan yg paling penting baca 3 kul, ayat kursi dan doa tidur. Itulah kata-kata hikmah ustazah di radio ikim.fm yang terlintas di benakku. Oh ya.. sebelum tidur, aku selalu di temani Radio Ikim.fm, radio yang telah banyak memberi kesedaran dan banyak memberi ilmu pada diriku. sedang diriku ingin melelapkan mata, lagu Hadad Alwi-Astaghfirullah memecah malam yang sunyi. Ya Allah.. mataku kembali terbuka. Sekali lagi.. air mata ku mengalir dengan deras. Ya Allah.. sungguh. aku tidak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu :'( Tiba-tiba wajah ibu ayah dan adik beradikku dan mereka yang aku sayang menjelma dalam ingatanku. Sungguh. aku merindui mereka Ya Allah :'( sudah lama aku tidak mencium tangan kedua ibu bapaku.. sudah lama aku tidak bergurau senda dengan adik-adik kecilku.. Sungguh. Aku merindui keluargaku :'( inilah dia dugaan pada mereka yang menuntut ilmu dan berjauhan dengan keluarga. Teringat kata-kata ibuku. "Ibu sanggup berpisah dengan anak-anak ibu. Ibu cuma fikir, tak apa. Berpisah sementara.." suara ibuku menahan sebak semasa kami sedang berbual di telefon. Ya Allah.. ibu... :'( Aku ikut menangis bersama ibu..  Aku anak yang derhaka. aku bukan anak yg baik. Ya Allah..  aku malu dengan diriku. aku malu denganMu. Aku malu pada ibu ayahku. Ya Allah.. Kau panjangkan lah umur kedua ibu bapaku. Kau sihatkan lah tubuh badan mereka supaya mereka dapat beribadah kepada Mu Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan mereka untuk mencari rezeki yang halal buat keluargaku. Agak lama aku menangis. Aku bangun.. dan terus ke bilik air. sekali lagi mencuci muka dan mengambil air whuduk. Namun, kesedihan masih berbekas di hati.. aku mengambil telefon ku dan menghantar sms pada ibuku agar hatiku tenang... Kali ni aku harus tidur, supaya aku tidak terlepas untuk menunaikan solat fardhu subuh. Dan esok permulaan hari baru untukku. Ya Allah.. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. dan hari yang akan datang, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Allahumma Amin. Akhirnya. Aku terlelap juga.....








 والسلام

"ISLAM is a religion of PEACE not terrorism"

0 comments:

Post a Comment

♡ Assalamualaikum. Ana minta maaf jika entri ana tidak benar atau ada kesilapan. Sila tinggalkan pesanan atau komen anda. Syukran Jazilan (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...