Perasaan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum dan Selamat Malam :) Malam ni tiba-tiba pulak terdetik nak post tentang PERASAAN. hehe. Okay. Secara umumnya wanita memang tidak dapat lari dari emosi. Emosi sedih, marah, gembira, simpati dan lain-lain. Perkara tersebut tidak dapat tidak wanita memang amat sukar untuk menyembunyikan perasaan mereka. Ramai wanita TERmasuk saya cuba untuk menyembunyikan perasaan sedih dan marah. Tetapi mudah dan senang untuk di kesan oleh insan yang bergelar Lelaki. Kenapa ya? saya ada terdengar pepatah ''Belajar kawal emosi dari lelaki'' Ya saya mengaku, lelaki memang pandai kawal emosi mereka. Apa yang saya tahu sesetengah lelaki lebih suka mendiamkan diri bila marah, sedih dan cemburu. Lelaki juga tidak suka membincangkan hal-hal peribadi yang boleh merosakkan mood mereka :)



Wanita pula lebih di kenali dengan sifat keibuan yang lemah lembut penuh dengan kasih sayang dan perasaan ini amat sukar untuk di sembunyikan walaupun ianya hanya dalam bentuk perkataan. Wanita juga di kenali dengan sifat kematangan mereka walaupun ada masanya mereka bersikap seperti kebudak-budakan kerana sifat semula jadi mereka memang kebudak-budakan dan manja, ini sudah pun di jelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau. Dan keistimewaan wanita adalah Doa mereka lebih makbul kerana sifat penyayang mereka yang lebih kuat berbanding lelaki :) Sesetengah wanita juga di kenali dengan sifat pemarah. Setiap bulan wanita akan di datangi satu sintom moody. Bila sintom ini menyerang wanita, ramai yang tidak bersalah pun akan menjadi mangsa. So itu yang boleh menyebabkan lelaki rasa nak bagi kakiku di mukamu. hahaha. okay i bergurau je you. Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku. Semua sudah maklum bahawa perasaan marah itu datangnya dari Syaitan. Di sini i nak share dekat you all sedikit tips berkenaan MARAH :)




1. Apabila sedang marah maka hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan.
Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).

2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 


“Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad).

3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi, 

“Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).

4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: 


“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila seorang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah.” (Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf).





Selamat mencuba! :)





 والسلام

"ISLAM is a religion of PEACE not terrorism"

0 comments:

Post a Comment

♡ Assalamualaikum. Ana minta maaf jika entri ana tidak benar atau ada kesilapan. Sila tinggalkan pesanan atau komen anda. Syukran Jazilan (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...