Nasihat Untuk Remaja Zaman Ini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Jika engkau tekan link blogku, Percayalah. Allah yang membuatkan hatimu untuk ke sini. Assalamualaikum w.b.t. Ahlan Wasahlan ke blog Ain :) Di sini daku kongsi kan sebuah rancangan yang sangat memberikan hati kecilku tersentak, dan sedih. Alhamdulillah terdetik untuk berkongsi kepada sahabat fillah semua nasihat yang membuat kan diri kita insaf. SubhanAllah.. Sungguh lembut nasihat Ustaz Al-Habib Ali Al-Jufri kepada kita. Wajah beliau.. sungguh ceria dan suci dalam menyampaikan nasihat beliau :') Percayalah.. hatimu juga akan menjadi sepertiku...


Nasihat Al-Habib Ali Al-Jufri kepada Remaja




Pengacara: "Remaja sekarang mereka ada yang bersolat tapi melakukan perkara pelik, ada yang cium sana sini, mata liar, masuk"net" tengok macam-macam.. Iman mereka lemah, penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini "


Al-Habib Ali Al-Jufri: "Perkara ini semua orang ketahui. tentang ujian yang melanda remaja sekarang ini.

  • Pertama sekali: aku khabarkan berita gembira kepada remaja semua. penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dengan ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah.. Kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian ingin kembali semula kepada Allah.. ini berita baik kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka. iaitu mereka sangat mencintai Allah. Selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka.




 "Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah.."



Demi Allah, wahai saudaraku. Jika Allah tidak mencintai kamu, Dia tidak akan campakan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan. Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada lakukan kesalahan" Perasaan yang bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah. Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman. Di sini lilin(keimanan) itu ada.. tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. yang memadamkan cahaya(keimanan) ini adalah tekad melakukan maksiat. Perkara bahaya datang dari mana? perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya. Tapi yang lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat. Mengambil mudah sahaja "Allah itukan maha pengampun" kemudian kembali semula melakukan maksiat. Memandang ringan dan rendah terhadap maksiat pada diri sendiri. Ini bahaya, ianya adalah isyarat Cahaya Iman mula menghilang. 




  • Yang kedua: "Mengambil mudah dan terus menerus dalam maksiat bersama merasakan putus asa terhadap Allah. Iaitu "Aku ini takde kebaikan dah..zaman sekarang ini pun dah susah buat baik..aku dah cuba 15 kali, 20 kali bertaubat tapi kembali juga kepada maksiat"


Rasulullah bersabda: "Tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiat 70 kali."

Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukan kamu ke dalam neraka, bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke syurga?! maka pada setiap kali kamu terasa diri menguasai kamu, dan syaitan telah merampas kehormatan kamu... baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakkat dan dalam sujud katakanlah: "Ya Allah, diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada-Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada-Mu bawalah hatiku serta diriku kepada-Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan-Mu hingga aku berpisah dari maksiat ini." Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. Berdoalah dengan bahasa yang kamu faham, mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakan dan campakan diri kamu di hadapan pintu Allah. Ketahuilah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula. Selesai sahaja solat kamu, Allah telah mengampun dosa-dosa kamu. Kemudian selepas itu, bagi kamu ada beberapa kewajipan selama mana kamu di muliakan Allah dengan pengampunan-Nya hendaklah kamu ambil langkah-langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu ke arah dosa?! orang-orang yang melakukan dosa iaitu mereka berkelakuan jahat yang memudahkan kamu berbuat jahat. menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan dengan kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu. sesuatu kewajipan ditinggalkan, cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah di pandangan Islam, cuba ubahkannya. Berusaha terhadap diri kamu. 


Allah berjanji dengan firman-Nya dan tidak mengingkari janji-Nya: "dan mereka yang berusaha keras mencari jalan-jalan Kami pastilah Kami akan menunjukkan mereka jalan-jalan Kami" Allah telah berjanji pada kamu, jika kamu berusaha keras kerana menginginkan Allah.. akan di tunjukkan jalan-Nya. Jika kau jatuh kembali ke dalam dosa, kembali sekali lagi bertaubat kepada Allah. dan ketahui bahawasanya kamu sekarang dalam jihad di jalan Allah. dan ketahui bersama itu juga dosa-dosa kamu berubah menjadi pahala tapi dengan syarat.. jangan kamu jadikan permasalahan taubat ini perkara main-main. diri kamu ingin bawa kamu ke arah maksiat lantas kamu katakan ini haram. kemudian dia seru "kamu buat maksiat itu dulu kemudian bertaubatlah." yang ini main-main. Tekad untuk melakukan dosa, yang macam ini ianya memperolok-olokan Allah. Jangan buat benda ini.


Tapi kamu dah cuba menghalang diri kamu, tiba satu ketika kamu kalah dan jatuh ke arah maksiat.. kembali kepada Allah lagi. Allah gembira terhadap kembalinya kamu pada-Nya. 


Dan aku akhiri kata-kata ini dengan kalam-Nya. telah di sahkan dari Nabi s.a.w. Hadis ini menggembirakan hati wahai saudaraku semua.

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w, aku riwayatkan mafhumnya. Hadis ini sohih: "apabila berdosa seseorang hamba itu kemudian dia bertaubat dan memohon ampun. Allah berfirman kepada malaikat-Nya: "Wahai malaikat, lihatlah kepada hamba-Ku ini. dia berdosa kemudian bertaubat dan memohon ampun, saksilah sesungguhnya Aku telah mengampunkannya." Lantas ia jatuh kembali ke lembah dosa, maka ia menyesal dan bertaubat serta kembali semua kepada Allah memohon ampun.. maka Allah, berfirman kepada malaikat-Nya: "Wahai malaikat, lihatlah kepada hamba-Ku ini" 

Perhatian! kita yang berdosa ini hanya dengan kembali kepada Allah. Allah membanggakan diri kita daripada malaikat yang tidak berdosa.. alangkah agungnya Tuhan ini. alangkah agung kecintaan-Nya kepada kita! 

Allah berfirman: "Lihatlah wahai malaikatku, hambaku ini berdosa lantas bertaubat kemudian dia jatuh semula, kemudia bertaubat. saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampunkannya." 

maka dia jatuh kali ketiga ke lembah dosa, lantas dia bertaubat semua memohon ampun dengan penuh kejujuran. 

Lantas Allah berfirman kepada malaikat-Nya: "Wahai malaikat-Ku, lihatlah kepada hambaku ini. dia berdosa, lantas bertaubat maka aku telah ampunkannya..Kemudian dia kalah dengan nafsunya dan berdosa, lantas bertaubat maka aku telah ampunkan dosanya. Kemudian dia kalah sekali lagi dengan nafsunya. Perhatikan kata-kata ini, hamba ini tahu bahawasanya dia ada tuhan yang mengampuni dosa. lantas hamba ini bertaubat dan kembali kepada Allah.. "Wahai malaikat-Ku, saksikanlah bahawasanya Aku telah ampunkan dosanya yang terdahulu dan kemudian." 

Inilah dia kemuliaan Allah yang selayaknya kita merasa malu di hadapan-Nya kerana bergaul dengan kita penuh dengan kemuliaan.



Jadi.. sudah rasa apa yang aku rasakan? :') SubhanAllah.. Betapa tinggi dan mulianya martabat manusia di hadapan Allah.. Sedangkan malaikat yang tidak melakukan dosa walau sehabuk sekalipun, manusia juga lebih mulia dari malaikat.. Inikah yang membuatkan aku layak ke syurga-Mu Ya Allah?? :'( Sungguh! Aku tidak layak Ya Allah... aku malu dengan-Mu. Aku malu dengan Rasulullah. Aku malu dengan para malaikat-Mu. Aku malu dengan bidadari Syurga-Mu dan aku malu pada setiap makhluk-Mu..










 والسلام

"ISLAM is a religion of PEACE not terrorism"

0 comments:

Post a Comment

♡ Assalamualaikum. Ana minta maaf jika entri ana tidak benar atau ada kesilapan. Sila tinggalkan pesanan atau komen anda. Syukran Jazilan (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...